top of page

Titah adendum: Setpol Dr Zaliha buat lapor polis terhadap KJ



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa membuat laporan polis terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar.


Laporan polis itu dibuat Setiausaha Politiknya, Nor Azrina Surip di Balai Polis Putrajaya pada Sabtu susulan dakwaan Khairy bahawa terdapat komplot menyembunyikan titah adendum supaya bekas Perdana Menteri, Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.


Menurut Nor Azrina, kenyataan fitnah Khairy itu diperoleh menerusi video berdurasi tiga minit 14 saat yang diterima melalui kumpulan WhatsApp mendakwa Zaliha sepatutnya tahu akan adanya dokumen berkenaan.


"Dr Zaliha telah mengeluarkan kenyataan memaklumkan bahawa beliau tidak pernah melihat dokumen disebutkan itu," katanya dipetik.


Terdahulu, Khairy yang dipecat UMNO dua tahun lalu itu menerusi satu podcast menuduh Menteri Undang-undang Azalina Othman Said bersubahat menyembunyikan dokumen tambahan tersebut.


Bekas Ahli Parlimen Rembau itu mendakwa kedua-dua menteri itu bertanggungjawab tetapi mereka berdiam diri.


Susulan tuduhan itu Setiausaha Politik kepada Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) pada Jumaat turut membuat laporan polis terhadap Khairy.

Penggunaan perkataan 'komplot' katanya, adalah keterlaluan kerana ia membawa maksud terlibat atau dikaitkan dengan perbuatan menyalahi undang-undang atau tidak beretika.


Tuduhan tersebut juga tegasnya mengelirukan rakyat dan menimbulkan perasaan tidak senang serta menimbulkan suasana panik dalam masyarakat sehingga boleh menggugat keamanan negara.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page