top of page

Titah adendum perlu diselesaikan di mahkamah, bukan diulas semberono



Oleh: Akmal Manaf


Isu sama ada titah adendum wujud atau bila akan dikuat kuasakan sebaik baiknya diserahkan kepada mahkamah untuk diputuskan. Bukan diulas secara sembarangan oleh ahli politik atau individu yang tidak mempunyai pengetahuan undang undang yang jelas.


Menurut Pengarah Strategi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Bryan Ng Yih Miin, tindakan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan pimpinannya sebelum ini betul untuk membiarkan hal tersebut ditentukan oleh mahkamah apabila bekas PM Najib Razak telah membawa kes semakan kehakiman.


Maka, kata Bryan Ng, hal titah itu tidak lagi sesuai dibincang di luar mahkamah.


"Kerajaan kata perkara itu (dalam bidang kuasa mahkamah).. kalau dalam mahkamah, perkara berkenaan tidak boleh dibincangkan.


"Datuk Seri Anwar tak kata pun beliau tak tahu. Beliau kata perkara ini dalam mahkamah, jadi kita tak boleh sentuh.


"Datuk Seri Anwar juga telah mengatakan bahawa tiada sesiapa termasuk Menteri boleh mengulas mengenai pengampunan tersebut kerana ia adalah keputusan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Lembaga Pengampunan," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah adendum berkaitan tahanan rumah terhadap Najib Razak.


Kelmarin, salah seorang pemimpin blok pembangkang menyifatkan adalah sesuatu yang mustahil Anwar tidak tahu tentang kewujudan titah berkenaan.


Bagaimanapun semalam dalam sidang medianya, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata tiada pihak yang pernah melihat titah berkenaan, sama ada Menteri atau Perdana Menteri.


Oleh itu, tidak timbul sebagaimana dakwaan pembangkang ianya disorok oleh kerajaan.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page