top of page

Titah adendum: Peraturan subjudis kekal terpakai, Ka Siong jangan keliru



Perdana Menteri tidak boleh menjawab isu titah adendum mantan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pembebasan bekas Perdana Menteri Najib Razak dari hukuman penjara kepada tahanan rumah.


Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim menolak pendapat Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang berkata peraturan subjudis tidak lagi relevan kerana sistem mahkamah di Malaysia tidak menggunakan juri yang boleh terpengaruh dengan pembacaan di media masa.


Beliau membidas Ka Siong yang mengambil pendapat bekas Peguam Negara Tommy Thomas yang menyatakan, "Prinsip subjudis tidak wujud di Malaysia kerana juri tidak wujud".


"Sejak bila "sub judice rule" telah dimansuhkan dalam sistem perundangan negara ini? Apakah Tommy Thomas Peguam Negara pada ketika itu telah memansuhkan peraturan subjudis dan Ka Siong memilih untuk menggunakan pandangan Tommy Thomas berbanding pandangan Peguam Negara sekarang untuk menjadi juara dengan mendesak Perdana Menteri untuk terus mengulas hal yang sedang dibicarakan? Apakah Ka Siong terlalu terdesak sehingga terpaksa mengolah peraturan perundangan mengikut selera tekak sendiri?


"Istana Pahang sendiri memilih untuk menghormati prosiding mahkamah dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, kenapa Ka Siong perlu bertindak lebih sudu dari kuah dalam hal ini?" tanyanya dalam kenyataan di X.


Tambah Kamil, komen Ka Siong itu mungkin salah satu percubaan beliau untuk terus kekal relevan pada mata beberapa pihak dengan terus mendesak Perdana Menteri meskipun penjelasan panjang lebar telah dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat tempoh hari.


Oleh itu, beliau meminta Ka Siong menyemak rekodnya sendiri dalam membela Najib sebelum mahu menjadi juara berhubung isu titah adendum.


"Lupakah Ka Siong bahawa Najib Razak dipenjara ketika zaman PM Ismail Sabri dan beliau ketika itu tidak selantang ini dalam membela Najib?


"Negara ini negara hukum. Ada proses dan peraturannya. Justeru hormat proses ini," katanya lagi.


Titah adendum pembebasan Najib menjadi isu hangat sejak minggu lalu apabila Ahli Parlimen Kota Bharu mendakwa di Dewan Rakyat bahawa titah itu disembunyikan dan rakyat tahu kenyataan sebenarnya.


Bagaimanapun, PM berkata isu tersebut perlu diselesaikan di Mahkamah Rayuan pada Januari 2025 sebelum kerajaan akan mengeluarkan kenyataan rasmi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page