top of page

Titah adendum: Kerajaan ikut tata kelola baik, tidak campuri kehakiman



Oleh: Akmal Manaf


Tindakan pembangkang menyalahkan Kerajaan MADANI seolah olah menyorokkan Titah Adendum Diraja ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak melambangkan kedangkalan mereka dalam isu berkenaan.


Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar menegaskan, Anwar yang juga Presiden KEADILAN konsisten dengan tadbir urus baik dan melaksanakan nasihat Peguam Negara sebelumnya berhubung titah berkenaan yang tidak dikuat kuasakan.


Malah, katanya, kerajaan juga membenarkan badan kehakiman memutuskan yang terbaik berkenaan isu tersebut di Mahkamah Rayuan kelmarin biarpun tidak memihak kepada pemerintah.


"Pembangkang berhentilah jadi pelawak politik.. PMX (Anwar) ini konsisten untuk mempertahankan dan meneruskan kebebasan institusi Kehakiman.


"Kalau pembangkang buat serangan terhadap Kerajaan MADANI (isu adendum), nampaklah mereka punya kedangkalan politik," kata beliau yang juga Setiausaha Politik Presiden KEADILAN.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pembangkang yang seperti menuding jari kepada Kerajaan Perpaduan berkaitan Titah Adendum tahanan di rumah melibatkan Najib Razak.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page