top of page

Titah adendum: Hormati titah Sultan Pahang - Fahmi



Pihak yang masih membahaskan soal titah adendum berkenaan penahanan bekas Perdana Menteri Najib Razak di media sosial atau di mana mana platform diingatkan agar tidak terus melakukannya.


Hal itu dinyatakan oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil.


Menurut beliau, Sultan Pahang yang juga mantan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah bertitah semalam agar semua pihak hormat kepada proses undang undang dan tidak lagi membahaskan titah adendum.


"Perdana Menteri telah merakamkan junjung kasih kerajaan terhadap titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam.


"Tuantu telah bertitah supaya isu titah adendum yang sekarang di bawah proses undang undang perlu dihormati.


"Tuanku meminta agar semua pihak tidak membahaskan soal titah adendum ini," katanya dalam sidang media di Putrajaya petang tadi.


Menurut Fahmi, Kerajaan amat berterima kasih di atas titah berkenaan dan dari segi pelaksanaan juga perkara berkaitannya akan diteruskan oleh pihak kerajaan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page