top of page

Titah adendum: Hormati prosiding mahkamah, tunggu hingga selesai



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak wajar dipersalahkan kerana enggan menjawab mengenai sama ada wujud titah adendum dari Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pembebasan bekas Perdana Menteri daripada tahanan penjara kepada tahanan di rumah.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Roland Engan, jawapan PM di Dewan Rakyat semalam perlu dihormati kerana Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan mengenai titah adendum itu pada Januari 2025.


"Semua pihak patut menghormati perjalanan prosiding mengenai isu perintah adendum berkenaan isu pengampunan Datuk Seri Najib.


"Penjelasan PM di Parlimen semalam sudah cukup jelas. Sebarang ulasan memgenainya adalah subjudis dan mendahului perkenan Yang DiPertuan Agong," katanya dalam kenyataan.


Sehubungan itu, beliau menolak pihak yang mengatakan PM cuba berselindung di sebalik Yang di-Pertuan Agong untuk sengaja mengelak menjawab isu titah terbabit.


"Oleh itu, sebarang desakan dan tuduhan melulu bahawa PM berselindung di sebalik Yang DiPertuan Agong tidak patut timbul di peringkat ini," kata Roland yang juga seorang peguam.


Semalam, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mengkritik Perdana Menteri berhubung keputusannya untuk tidak menjawab mengenai kewujudan titah adendum diraja di Dewan Rakyat.


Katanya, PM tidak seharusnya menyorok di bekalang Yang di-Pertuan Agong berkenaan kesahihan titah tersebut.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page