top of page

Titah adendum: Dakwaan pembangkang PM derhaka tidak berasas - BBC


Pembangkang tidak wajar melemparkan dakwaan tidak berasas di Parlimen. Foto FB Parlimen Malaysia
Pembangkang tidak wajar melemparkan dakwaan tidak berasas di Parlimen. Foto FB Parlimen Malaysia

Kelab Penyokong Kerajaan Madani (BBC) menyelar tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mendakwa Perdana Menteri menderhaka terhadap institusi diraja berhubung isu titah adendum berkaitan tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak.


BBC dalam kenyataan berkata tuduhan tersebut yang dibuat dalam Dewan Rakyat semalam merupakan satu tohmahan jahat dan tidak berasas kerana tiada sebarang unsur penderhakaan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah mengesahkan kewujudan titah tambahan tersebut.


"Beliau menjelaskan bahawa titah tersebut tidak pernah diserahkan kepadanya dan menegaskan bahawa urusan berkaitan titah adendum adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara (AGC), bukan di bawah tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.

"Menyatakan fakta yang benar tidak boleh dianggap sebagai penderhakaan," katanya dalam kenyataan.


Sedangkan kata kenyataan itu, komitmen Perdana Menteri terhadap institusi diraja sepanjang pentadbiran, beliau sentiasa menunjukkan penghormatan tinggi terhadap institusi diraja dan berpegang teguh kepada prinsip Raja Berperlembagaan.


"Segala tindakan kerajaan sentiasa selari dengan peruntukan Perlembagaan dan mengutamakan kepentingan negara," ujarnya.


Sehubungan itu, BBC menegaskan bahawa tuduhan Ketua Pembangkang adalah tidak benar dan hanya bertujuan menghasut rakyat. Rakyat perlu menolak politik fitnah dan memberi tumpuan kepada agenda pembangunan negara.


Penyokong kerajaan mengangggap manipulasi fakta oleh pembangkang dengan membuat tuduhan sedemikian merupakan taktik lama untuk mengelirukan rakyat dengan memainkan sentimen institusi diraja demi kepentingan politik mereka sendiri.


"Ini adalah satu cubaan yang tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat," katanya.


BBC berkata fitnah sebegini bukan sahaja mencerminkan ketidakmatangan politik malah boleh merosakkan hubungan antara kerajaan dan institusi diraja serta menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa.


"Ketua Pembangkang seharusnya lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan, bukan menyebarkan dakwaan tidak berasas demi kepentingan politik semata-mata," kata kenyataan itu lagi.


Dalam pada itu, dakwaan Ketua Pembangkang bahawa pelabur tidak akan masuk ke negara ini kerana kononnya berlaku penderhakaan juga tidak berasas.


"Keputusan pelabur bergantung kepada kestabilan ekonomi, polisi mesra pelabur, dan keyakinan terhadap kepimpinan negara, bukannya fitnah politik yang tidak berlandaskan realiti," tegas BBC.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page