top of page

Titah adendum: 'Bukan kita sorok' - PM Anwar



Titah adendum oleh Yang di-Pertuan Agong ke 16 berhubung tahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak tidak pernah disorok oleh kerajaan sebagaimana ditohmah pembangkang.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian di Program Muhibbah MADANI 2025 anjuran bersama Yayasan Muhibbah dan Yayasan Global Mesra dengan kerjasama Bank Rakyat di perkarangan Majlis Bandaraya Seberang Perai, Pulau Pinang semalam.


Menurut beliau, selepas keputusan pengurangan hukuman Najib yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong ke 16 dalam Lembaga Pengampunan, terdapat surat yang dihantar kepada Peguam Negara terdahulu.


Katanya, beliau sebagai PM tidak melihat surat tersebut dan ianya juga tidak diutus kepada Ahli Lembaga Pengampunan.


Apabila Yang di-Pertuan Agong ke 17 memegang jawatan, surat tersebut diserahkan kepada baginda kerana Yang di-Pertuan Agong mempengerusikan Lembaga Pengampunan.


"Bukan kita sorok. Keputusan sekadar Peguam Negara nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong yang lalu, yang saya hadir waktu itu (pemangku Menteri Wilayah Persekutuan) ialah apa apa keputusan, keputusan mutlak oleh Yang di-Pertuan Agong tetapi dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan, tidak di luar.


"Dalam mesyuarat masa saya ada, perkara ini (titah adendum) tidak dibangkitkan. Masa Dr Zaliha ada, benda ini tidak dibangkitkan.


"Itu keadaannya, bukan kita sorok," tegas Anwar.


Namun katanya, kemelut yang berlaku pada waktu ini boleh diselesaikan sekiranya Najib membuat rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bagi meringankan hukuman beliau.


"Apakah Datuk Seri Najib tidak boleh buat rayuan? Boleh. Kepada siapa? Agong baru," katanya lagi.


PM turut mengulang kenyataan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Disember lalu bahawa sebarang pengurangan hukuman bagi banduan boleh dipohon kepada beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pengampunan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page