top of page

Tingkatkan prestasi KEADILAN Selangor, jangan wujud rasa selesa - Shamsul



KEADILAN Selangor telah menerajui Kerajaan Negeri sejak tahun 2008.


Oleh itu dalam penggal keempat menerajui kerajaan, KEADILAN tidak seharusnya merasa begitu selesa.


Hal tersebut diungkapkan oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam ucapan di majlis Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita dan AMK KEADILAN Negeri Selangor di Auditorium Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya tengah hari tadi.


Menurut Shamsul, prestasi parti seharusnya ditingkatkan memandangkan pada Pilihan Raya Umum 2022 dan Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 KEADILAN dan Pakatan Harapan Selangor menghadapi cabaran getir daripada Perikatan Nasional.


"Tahun 2018 KEADILAN menang 10 kerusi parlimen serta 21 kerusi DUN dengan undi sebanyak 500 ribu. Pun begitu tahun 2023 kita cuma menang PRN 12 kerusi dengan 582 ribu undi, dan kita merosot dari segi perkembangan parti.


"Kebimbangan saya, oleh kerana di Selangor kita dah jadi kerajaan sejak 2008, saya bimbang ada satu rasa selesa dalam kalangan pimpinan dan anggota.


"Sebagaimana dibentang setiausaha MPN anggota KEADILAN ramai dan (mungkin dirasa) tak boleh kalah. Kalau itu ada dalam diri, elok kita buangkan perasaan itu dan tengok secara jujur kekuatan," katanya.


Shamsul dalam pada itu mengimbau kenangan menjelang himpunan reformasi 20 September 1998, pada waktu beliau masih pemimpin pelajar Universiti Islam Antarabanagsa Malaysia yang diundang bersama pemimpin pelajar lain ke rumah Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk persiapan himpunan di Kuala Lumpur.


Katanya, beliau masih ingat pesan Anwar bahawa dalam politik perlu ditonjolkan kekuatan sesuatu gerakan, dengan anggota, bendera dan gerak kerja jentera.


Namun katanya, jangan benarkan rasa kuat itu masuk ke dalam diri dan akan menjadikan diri berasa selesa.


"Memang kita rasa seronok tetapi kalau tengok prestasi parti (KEADILAN Selangor) kita perlu buat sesuatu.


"Baru ini dalam mesyuarat MPN, presiden kita menyemak mesyuarat cabang, Selangor berapa kali mesyuarat. Ada bulan 1 sampai 8, ada yang buat satu mesyuarat ada buat empat.


"Saya nak beritahu negeri Selangor setiap cabang, kalau boleh dianggap perintah, supaya setiap bulan diadakan mesyuarat untuk mengetahui kekuatan kita," katanya membandingkan jumlah ahli yang ramai tidak banyak gunanya andai tiada gerakan menyantuni rakyat sehingga diterjemahkan menjadi undi kepada KEADILAN.


Justeru Shamsul mencadangkan agar setiap cabang menurunkan 100 anggota hardcore untuk dilatih dan menjadi penggerak utama pada setiap cabang di negeri itu.


Katanya, Selangor yang telah menjadi begitu maju di bawah pemerintahan PH dan ia mesti dipertahankan dengan sedaya upaya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page