top of page

Tingkatkan kawalan keselamatan, elak kejadian keganasan - PKORM



Kejadian serangan keganasan sebagaimana yang berlaku di Balai Polis Ulu Tiram, Johor dan beberapa insiden lain terkait jenayah keganasan yang menyusul selepas itu memerlukan pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan.


Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM), Shaiful Anuar Sulaiman berkata, amat perlu pihak polis menyiasat serapi mungkin kejadian serangan yang berlaku memandangkan ianya mungkin berkait kegiatan golongan pelampau atau radikal yang jarang berlaku di negara ini.


"PKORM berharap pihak polis dapat meningkatkan kawalan keselamatan dan menjalankan siasatan segera bagi membenteras aktiviti ekstrim dan keganasan.

Shaiful Anuar Sulaiman

"Seterusnya membawa sesiapa (sekiranya ada) yang bertanggungjawab dalam serangan itu ke muka keadilan.


"Islam adalah agama rahmah yang amat menitikberatkan kasih sayang sesama insan," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Shaiful, keharmonian yang dikecapi rakyat Malaysia sejak berdekad dekad lalu perlu dipertahankan bagi mengekalkan mementum pemulihan ekonomi yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Perpaduan.


"Keamanan dan keharmonian yang dikecapi perlu dikekalkan dan sebarang anasir yang menggugat kesejahteraan negara mesti dibanteras hingga ke akar umbi.


"PKORM menyeru rakyat agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi serta menyerahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan," katanya lagi.


Selain itu, beliau bagi pihak PKROM mengucapkan takziah kepada keluarga dua anggota polis yang bterbunuh dalam serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru pada awal pagi Jumaat, 17 Mei lepas.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page