top of page

Tingkatkan gerakan koperasi Malaysia, sedia jadikan entiti perniagaan



Kerajaan menyeru agar rakyat meningkatkan gerakan koperasi negara.


Menurut Perdana Menteri (PM) malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meskipun perolehan koperasi di negara ini meningkat kepada RM64 bilion, namun masih ada ruang untuk dibaiki agar gerakan itu setanding dengan Indonesia, Thailand dan Finland.


"Saya sentuh perkara tersebut tatkala berucap pada Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 hari ini sambil menekankan betapa pemain koperasi negara mampu mencapai tahap yang lebih baik di peringkat glokal bersandarkan asas yang cukup baik saat ini.


"Saya turut menyentuh bahawa Kerajaan secara prinsip bersetuju untuk meminda beberapa peruntukan undang-undang untuk menjadikan koperasi sebagai entiti perniagaan di mana draf cadangan pindaan ke atas undang-undang itu sedang dipersiapkan Jabatan Peguam Negara, sebelum dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk dibincang dan diluluskan," katanya dalam catatan di Facebook petang ini.


PM dalam pada itu mengumumkan peruntukan sebanyak RM6 juta kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) untuk meningkatkan kekuatan gerakan koperasi di seluruh negara.


Selain itu, antara intipati ucapan PM pada Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan itu ialah berkenaan dana RM1 juta peruntukan untuk program ASEAN Cooperative sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 - penyaluran kepada ANGKASA (Presiden ANGKASA pengerusi ASEAN Cooperative Organisation)


Sebanyak RM500 ribu peruntukan kepada koperasi masjid di desa dan RM500 ribu untuk latihan meningkatkan kompetensi koperator desa melalui dana disalurkan ke ANGKASA.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page