Rakyat Malaysia diseru agar meningkatkan budaya membaca sehinga menguasai pelbagai ilmu pengetahuan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat tiga kategori maklumat yang berada di sekeliling dan perlu disaring sama ada untuk dijadikan sekadar pengetahuan, ilmu atau yang menerbitkan kebijaksanaan.
Katanya, kesan pembacaan itu pelbagai dan bukan semua maklumat boleh menjadi ilmu berguna sebagai suluh hidup.
"Percambahan maklumat, yang baik yang buruk, yang maarof, yang mungkar. Yang kukuhkan iman, yang menyesatkan
"Kategori maklumat itu sama ada maklumat yang bercambah berharga atau tidak. Tingkat kedua adalah ilmu. Bukan semua maklumat itu ilmu. Ilmu pula ada memberi manfaat dan ada yang tidak
"Sebab itu kita perlu latih anak anak kita membaca dan menentukan ilmu (bermanfaat). Mana dia information, mana dia knowleadge dan mana dia wisdom.
"Apa yang dikatakan percambahan maklumat yang didapati dari media sosial, ada ditambah tahap dia menjadi pengetahuan. Dari maklumat jadi ilmu. Kita dilatih supaya punyai keupayaan menyaring, menilai yang terbaik. Yang disebut ilmu makrifah atau hikmah, yang disebut wisdom," katanya dalam ucapan perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), petang tadi.
Menurut Anwar, cabaran lebih hebat pada era ledakan maklumat adalah manusia perlu berhati hati menyaringnya, mengambil hanya yang berguna serta mempunyai nilai dan etika.
Oleh itu, katanya, Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi perlu membimbing para pelajar dan ibu bapa. Guru guru pula melatih anak anak menerokai ilmu dengan selamat dan menjadi menjadi insan berguna.
"Sebab itu tanggungjawab Kementerian untuk membimbing ibu bapa, guru guru melatih anak anak supaya dapat menilai antara maklumat, ilmu dan mudah mudahan tercapai kebijaksanaan," katanya lagi.
Bình luận