top of page

Tingkat persefahaman negeri - Persekutuan moden sistem pentadbiran tanah



Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerajaan-kerajaan negeri meningkatkan persefahaman dengan Kerajaan Persekutuan termasuk dari segi usaha pemuliharaan kawasan hutan dan memodenkan sistem pentadiran tanah.


Perdana Menteri berkata permuafakatan itu penting bagi mengimbangi antara keutamaan negeri dengan dasar di peringkat Persekutuan, khususnya supaya selaras dengan komitmen Kerajaan di peringkat antarabangsa.


"Antaranya terkait iltizam untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% litupan kawasan berhutan sebagai langkah adaptasi dan mitigasi bagi mengimbangi kesan perubahan iklim serta pemuliharaan biodiversiti.


"Saya juga menggesa kerajaan negeri untuk turut sama menjayakan hasrat Kerajaan Persekutuan memodenkan pentadbiran tanah yang antaranya menjadi kayu ukur dalam penilaian Bank Dunia serta meningkatkan kecekapan tadbir urus demi kepuasan rakyat dan pelabur," katanya dalam hantaran di Facebook.


Terdahulu Anwar mempengerusikan Majlis Tanah Negara Ke-81 di Putrajaya yang menjadi platform untuk kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri merundingi dasar berkaitan pentadbiran tanah.


Perdana Menteri berkata pihaknya menekankan tentang kepentingan melipatgandakan produktiviti guna tanah dan tidak hanya bergantung kepada keluasan kawasan semata-mata dalam mencapai matlamat negara.


"Alhamdulillah, mesyuarat menerima baik segala pandangan amalan terbaik yang turut dikongsi oleh kerajaan negeri," ujarnya.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page