top of page

Tingkat kesedaran pemakanan sihat, kempen kurang gula diperkenal



Kerajaan akan mempertingkat kesedaran rakyat mengenai kepentingan amalan pemakanan sihat melalui pengurangan pengambilan gula


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, pihaknya prihatin terhadap laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 yang mendapati satu daripada enam individu dewasa atau 15.6 peratus populasi dewasa di negara ini didiagnosakan sebagai penghidap penyakit diabetes.


Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya akan melancarkan kempen 'Kurang Gula, Kurang Harga' yang bakal diumumkan tidak lama lagi.


"KPDN komited mengusahakan langkah preventif, bermula dari peringkat pengguna dan pengusaha makanan bermasak.


"Sesi libat urus bersama persatuan restoran dan wakil industri telah diadakan untuk merangka kempen berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut kenyataan itu, antara yang terbabit dalam sesi libat urus itu ialah Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Am Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA) serta Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA).


"Inisiatif ini dirangka khusus bagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Di samping itu, ia membantu mengurangkan kos rawatan dan perubatan susulan penyakit yang berpunca daripada tabiat pemakanan tidak sihat serta tidak seimbang, terutama kandungan gula berlebihan," katanya.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page