top of page

Tindakan tegas pihak cuba buat kekacauan di Malaysia - PM



Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.


Perdana Menteri ketika mengulas serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi ini berkata, beliau menyokong usaha dilakukan oleh polis dan meminta rakyat memberi kerjasama penuh kepada pihak berkeselamatan.


"Soal keamanan kita tidak tolak ansur, kerajaan akan tegas. Nyawa rakyat adalah keutamaan kita, tiada maknanya kemajuan kalau keamanan tidak dikawal.


"Tindakan keras akan diambil bagi menghentikan kegilaan (keganasan) ini dan saya menyokong penuh langkah diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM).


"Minta rakyat beri kerjasama, sentiasa berwaspada dan jangan bagi peluang kepada golongan jahat ini," katanya pada sidang media pada hari terakhir lawatan kerja rasmi dua hari ke Kazakhstan hari ini dipetik Bernama.


Dalam kejadian awal pagi ini, dua anggota polis terkorban dan seorang lagi cedera apabila seorang suspek lelaki bertopeng disyaki anggota Jemaah Islamiah (JI) menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor.


Suspek maut ditembak anggota polis di tempat kejadian.


Anwar berkata perkara lain yang juga perlu diatasi dengan tegas tanpa berkompromi termasuk perbuatan mereka yang memainkan isu kedudukan Raja-raja Melayu.


"Tahniah kepada PDRM, kita mahu tindakan tegas, tiada tolak ansur, kerana kita mahu negara dihormati. Bila negara dihormati dunia, ekonomi akan meningkat," kata Anwar lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page