top of page

Tindakan tegas elak jenayah siber perlu disokong - Iman Haziq



Oleh: Abdullah Zaid


Langkah kerajaan bakal mengambil tindakan tertentu terhadap platform media sosial selain hukuman lebih keras ke atas penjenayah buli siber disokong oleh Angkatan Muda Keadilan Selangor.


Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq berkata jenayah buli siber amat perlu diambil serius kerana pembuli bukan sahaja melemparkan cacian jelik tetapi telah sampai ke tahap perilaku yang tidak boleh diterima oleh masyarakat bertamadun.

Muhammad Iman Haziq

"Isu buli siber ini bukan sahaja berlaku kepada pengguna biasa malah Perdana Menteri pun boleh dikatakan sebagai mangsa buli sebab banyak hantaran jelik dan tidak senonoh dilontar kepada beliau.


"Mangsa buli ini tidak terhad kepada orang biasa tetapi semua pihak termasuk ahli politik. Sebab itu saya sokong usaha kerajaan untuk membendung masalah ini," katanya kepada Suara Keadilan.


Jelas beliau, tidak timbul dakwaan pembangkang cuba mengaitkan penguatkuasaan undang-undang ke atas media sosial hanya bersifat politik bagi menyekat kebebasan bersuara mereka.


Katanya, apabila jenayah buli telah meragut nyawa seorang pempengaruh baru baru ini hal itu tidak boleh dianggap sebagai kebebasan bersuara lagi.


"Sampai bila kita hendak biar kes buli siber berleluasa sehingga ada meragut nyawa kerana menjadi mangsa buli.


"Saya fikir semua pihak termasuk pembangkang perlu sedar bahawa langkah pengawalan perlu dibuat melalui undang-undang," ujarnya.


Terdahulu, kes buli siber mendapat perhatian rakyat Malaysia susulan keputusan mahkamah mengenakan denda RM100 terhadap seorang wanita yang menyebabkan kematian pempengaruh TikTok, A Rajeswary atau dikenali sebagai Esha.


Wanita berkenaan didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100.


Kecewa dengan keputusan tersebut, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pihaknya kini sedang mengkaji definisi buli siber, dan denda yang sesuai dengan bentuk kesalahan.


Untuk rekod, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 tidak pernah dipinda sejak 1955 dan masih diguna pakai hingga kini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page