
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi amaran bahawa tindakan sekeras-kerasnya akan diambik terhadap mana-mana pihak yang didapati cuba untuk menghangatkan suhu perkauman di negara ini.
Beliau berkata, tindakan itu selaras keputusan Jemaah Menteri yang telah diumumkan baru-baru ini.
"Siapa saja mulai sekarang yang cuba menghangatkan suhu perkauman dan kebencian kepada kaum dan agama, kaum majoriti atau kaum minoriti, kaum kaya atau kaum miskin, menghina dari sudut kaum dan agama.
"Percayalah kita (kerajaan) akan ambil tindakan sekeras mungkin untuk menghentikan gejala yang mungkin membawa malapetaka dan kecelakaan kepada negara kita," katanya dipetik.
Perdana Menteri berkata begitu ketika berucap pada Majlis Iftar Madani Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bersama Syarikat Korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Universiti Multimedia di Cyberjaya pada Rabu.
Anwar sebelum ini menggesa semua kaum di Malaysia menoktahkan isu perkauman, seterusnya bergerak ke hadapan dalam memastikan negara terus stabil.
Usaha itu bagi menjamin supaya perpaduan antara kaum di negara ini kekal mekar dan harmoni.
Kommentarer