top of page

Tindakan bersepadu banteras aliran sesat hingga ke akar umbi - PM



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan mengambil serius perkara yang menyentuh soal pegangan akidah dan syariah umat Islam di negara ini.


Perdana Menteri berkata tindakan bersepadu perlu dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan agensi penguat kuasa bagi menyiasat serta membanteras segala bentuk aliran yang menyimpang daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sehingga ke akar umbi.


"Saya tegaskan bahawa Kerajaan MADANI mengambil serius perkara sebegini yang menyentuh pegangan akidah dan syariat umat Islam di Malaysia.


"Moga Allah melindungi kita dan negara ini daripada sebarang bahaya dan ancaman yang menyimpang dan boleh merosakkan pegangan sebenar akidah dan syariat," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


Terdahulu Anwar memaklumkan beliau mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi JAKIM bagi membincangkan mengenai perkara berkaitan hal ehwal Islam di negara ini termasuk membabitkan isu pensijilan halal dan perkembangan aliran yang menyimpang daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Mohd Na'im Mokhtar dan timbalannya Dr Zulkifli Hassan.


"Platform ini penting mengambil kira perkembangan mutakhir khususnya mengenai prospek ekonomi dalam sektor halal di dalam dan luar negara, yang menagih kebersamaan antara agensi Persekutuan bagi membantu merancakkan lagi industri halal Malaysia.


"Pertemuan ini turut menyentuh soal pemikiran dan beberapa aliran yang menyimpang daripada fahaman ahli sunnah wal jaamah, justeru menuntut tindakan serius dan bersepadu oleh Jakim dan agensi penguat kuasa bagi menyiasat serta membenteras segala bentuk aliran yang menyimpang sehingga ke akar umbi," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page