top of page

Tindakan AS jemput PM Israel berucap di Kongres hina ICJ



Tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) menjemput Perdana Menteri (PM) Israel, Benjamin Netanyahu berucap di Kongres (parlimen) negara itu merupakan suatu penghinaan terhadap Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).


Menurut Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Ab Samad, tindakan tersebut seolah olah memperlekehkan ICJ yang sebelum ini telah memutuskan negara dan pemimpin Israel merupakan penjenayah perang ketika negara haram itu menceroboh Palestin dan membunuh ribuan kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa.


"Langkah menjemput Benjamin Netanyahu berucap di Kongres ini menghina keputusan yang dibuat oleh ICJ sebelumnya.


"Sebagai sebuah kuasa dunia yang konon menjulang tinggi prinsip prinsip keadilan dan hak asasi manusia, Amerika Syarikat tidak sewajarnya bertindak melanggar dan memperlekehkan institusi ICJ. Ianya tindakan yang tidak bertanggungjawab dan jelas bersifat hipokrit. Apa yang Amerika nak tunjuk pada dunia?


"Sehubungan itu, Amanah mencadangkan agar kerajaan Malaysia menghantar nota bantahan kepada kerajaan Amerika bagi menyatakan bahawa tindakan Amerika dalam persoalan ini tidak boleh diterima," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Khalid turut menggesa Malaysia yang mempunyai hubungan rapat dengan banyak negara dan badan dunia mengajak masyarakat antarabangsa mengecam langkah AS tersebut dan menuntut supaya Nethanyahu segera ditahan untuk dihadapkan ke ICJ.


"Pembunuhan ke atas orang-orang yang tidak bersalah, khasnya kanak-kanak, wanita dan orang kurang upaya perlu dihentikan segera walaupun ketika berada di dalam kancah peperangan.


"Penjenayah perang seperti Netanyahu tidak wajar diraikan dan diberikan kesempatan untuknya menyampaikan mesej menarik sokongan dunia ketika tangannya penuh dengan darah orang yang tidak berdosa," kata beliau lagi.


Dalam pada itu, Khalid mewakili AMANAH juga mengucapkan syabas kepada beberapa Ahli Kongres serta kumpulan Yahudi Ortodhox yang memulaukan sesi ucapan Nethanyahu tersebut.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page