top of page

Timbalan Menteri lancar ESG-i mantapkan perniagaan umat Islam



Oleh: Abdullah Zaid


Menerusi amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) Akemik Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA) melancarkan rangka kerja berteras Islam yang pertama di negara ini.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus Islam (ESG-i) menumpu modal perniagaan tempatan, terutamanya dalam Perusahaan Mikro, Kecil, Sederhana (PKS) supaya mematuhi objektif Maqasid Syariah dan piawaian etika pelaburan.


"Yang menariknya ESG-I framework yang dilancarkan ini ia menggunakan kerangka maqasid Syariah iaitu untuk perlindungan ataupun pemeliharaan dari aspek akal, diri, harta, agama dan sebagainya.


"Jadi saya rasa ini merupakan satu pendekatan yang terbaik dan boleh menarik ramai pelabur," katanya.


Beliau ditemui selepas merasmikan Pelancaran Kertas Kajian ISRA : Rangka Kerja Penilaian ESG-Islam untuk PKS (Perusahaan Mikro, Kecil, Sederhana) di Forum Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia kelmarin.


Menurutnya, melalui rangka kerja itu perniagaan yang dijalankan perlu mematuhi parameter utama iaitu manusia, planet, keuntungan dan juga prinsip.


Universiti INCEIF, melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan ISRA, akan bekerjasama dengan Ficus Capital untuk mendapatkan maklum balas dan idea daripada pelbagai pihak berkepentingan, dalam membangunkan Rangka Kerja ESG-i tersebut.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page