top of page

Timbalan Menteri Agama seru umat Islam jauhi jenayah qazaf



Oleh: Abdullah Zaid


Umat Islam di negara ini sewajarnya menghindari jenayah qazaf yang dilarang keras dalam agama Islam.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, umat Islam perlu mengelakkan diri daripada terjatuh ke dalam jurang dosa yang besar yang mana pelakunya diancam dengan balasan seksaan api neraka yang dahsyat berpandukan pada surah (an-Nur: 19).


"Walaupun tahu betapa besar dosa berkaitan tuduhan dalam kes ini, masih ada yang tidak insaf dan tanpa segan silu menyatakannya di khalayak ramai.


"Lebih menyedihkan ada yang berselindung dan mengeksploitasi di sebalik kes diputuskan di Mahkamah Sivil.


"Lebih-lebih lagi kes yang terdapat begitu banyak keraguan dan tidak menepati pembuktian dari sudut syarak," katanya dalam satu kenyataan.


Sebelum ini, tular sebuah video pemimpin Pemuda Pas yang mengaitkan tuduhan liwat terhadap seorang pemimpin negara pada Muktamar Tahunan parti itu, baru-baru ini.


Menurut Zulkifli, perbuatan pemimpin Pas itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan perbuatan qazaf masih dianggap berlaku walaupun telah disabitkan hukuman di Mahkamah Sivil.


Katanya, pembuktian di Mahkamah Sivil tidak menyamai Mahkamah Syariah dan berdasarkan hukum Islam.


"Umumnya, sabitan kesalahan di Mahkamah Sivil seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan tidak bermakna seseorang itu berhak atau boleh membuat tuduhan liwat.


"Malahan, sebarang pertuduhan terhadap sebarang kesalahan seumpama ini hanya boleh dibuat di hadapan hakim di Mahkamah Syariah," katanya lagi.


Jelasnya, pembuktian tuduhan liwat itu jelas tidak menepati hukum syarak yang berpandukan kepada iqrar ataupun empat orang saksi lelaki.


Malah, katanya, peruntukan di bawah hukuman yang diperuntukkan di bawah Kanun Keseksaan juga bukan merupakan hukuman hudud.


"Walaupun telah disabitkan kesalahan di Mahkamah Sivil di bawah Kanun Keseksaan hatta di Mahkamah Syariah di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri sekalipun, sesiapa sahaja tidak boleh membuat tuduhan liwat terhadap sesiapa pun melainkan ia dilakukan di Mahkamah," ujarnya lagi.

0 comments

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page