top of page

Timbalan Menteri Agama lawat pelajar cemerlang STPM aliran agama



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan baru baru ini melawat seorang pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2023 aliran agama, Nur Nilam Murni Mohd Sharazat, 20, di Seremban, Negeri Sembilan.


Dr Zulkifli dalam lawatan itu merakamkan tahniah kepada Nur Nilam yang memperoleh keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 dalam STPM 2023.


"Nur Nilam merupakan antara 45 calon STPM 2023 di Negeri Sembilan yang mencatat PNGK 4.00. Keputusan cemerlangnya menyumbang kepada catatan PNGK nasional 2.84, tertinggi sejak peperiksaan itu dilaksanakan," kata Zulkifli dalam satu kenyataan.


Menurut Zulkifli lagi, teknik belajar Nur Nilam juga perlu dicontohi pelajar Islam lain kerana beliau mengamalkan bacaan al-Mathurat dan tiga surah dalam al-Quran pada setiap hari.


"Hal lain yang menarik adalah pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS), Seremban ini tidak pernah duduk di asrama, dan hanya berulang alik dari rumah ke sekolah.


"Beliau juga amat menitikberatkan hubungan baik dengan ibu bapa, guru-guru, orang tua dan rakan-rakan," katanya.


Dalam pertemuan itu, Dr Zulkifli turut menyerahkan sedikit sumbangan dan menyampaikan beberapa pesanan serta nasihat untuk Nur Nilam melalui kehidupan di universiti kelak.


Katanya sebagai umat Islam, kita harus senantiasa memperhatikan keseimbangan dalam setiap aspek kehidupan, serta yang terpenting dapat menyeimbangkan urusan dunia dan akhirat.


Hadir sama dalam lawatan itu, Penolong Pengarah Unit Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Islam, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Mohd Syaiful Mohd Salleh; Pengetua SHAMS, Ahmad Shahrir Abdul Ghani dan Hjh Asyirah binti Hj Zakaria (Penolong PPD Seremban).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page