top of page

Timb Menteri Agama rasmi Muzakarah Zakat Kebangsaan kali ke-10



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan semalam telah merasmikan majlis penutup Muzakarah Zakat Kebangsaan Kali ke-10, 2024.


Muzakarah yang membawa tema Institusi Zakat Dalam Membangun Malaysia Madani itu diadakan di The Everly Hotel bermula 5 Jun dan berakhir pada 6 Jun 2024.


Menurut kenyataan, pelbagai resolusi telah dicadangkan dalam muzakarah itu untuk dilaksanakan oleh agensi yang berautoriti.


"Tema-tema yang dibentangkan dan dibincangkan adalah berkait rapat dengan isu-isu semasa berkaitan fatwa zakat.


"Institusi zakat diyakini dapat memainkan peranan penting dalam menerapkan Rukun Malaysia Madani dengan cara memupuk nilai sosial dan mendorong penglibatan masyarakat dalam kegiatan zakat.


"Zakat dalam konteks sosial banyak membantu mengurangkan jurang sosial antara golongan miskin dan kaya dengan memberikan bantuan kewangan dan keperluan asas kepada mereka yang memerlukan.


"Ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kesejahteraan dan keseimbangan sosial dalam masyarakat," katanya.



Menurut kenyataan itu lagi, penganjuran muzakarah kali ke-10 diharap dapat memberikan manfaat dan idea dalam memperkasa kutipan dan agihan zakat berdasarkan pendekatan Malaysia Madani.


"Penganjur juga amat yakin dengan penglibatan Jawhar, institusi zakat dan Majlis Agama Islam Negeri termasuk badan yang berautoriti serta agensi lain yang terlibat. Hasil muzakarah ini akan memberi impak yang besar terhadap pemerkasaaan institusi zakat, pembayar zakat dan penerima zakat.


"Sebuah kerangka konsep Malaysia Madani dalam konteks institusi zakat dijangka akan dibangunkan hasil daripada muzakarah zakat ini," katanya lagi.


Muzakarah tersebut dianjurkan oleh Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM dan Insititut Ahli Sunnah Wal Jamaah (iSWAJ) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai penganjur bersama.


Sebanyak sembilan sesi ucaptama telah diadakan bersama barisan panel dari seluruh Malaysia. Antara penyampai adalah dari Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, Pusat Pungutan Zakat MAIWP dan dari Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam (MKI), Bank Islam Malaysia Berhad, Pimpinan Bidang Perencanaan Kajian & Pengembangan Republik Indonesia (Baznaz RI) dan Mufti Wilayah Persekutuan.


Selain itu, diadakan forum bertajuk “Kerangka Malaysia Madani dalam Konteks Menoktahkan Kemiskinan” dengan menampilkan tokoh-tokoh besar sebagai panel termasuklah Tuan Wildhan Dewayana CEO Inisiatif Zakat Indonesia (IZI), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) serta Prof Madya Dr Azwan Abdullah, Ketua Bahagian Jaringan dan Data Raya, Institut Penyelidikan & Pengurusan Kemiskinan (InsPEK).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page