top of page

Tidak rasmi: BN menang PRK DUN Nenggiri


Oleh: Abdullah Zaid


Barisan Nasional (BN) berjaya merampas semula Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) setakat jam 8.15 malam tadi.


Calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani memperoleh 9,113 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail hanya mendapat 5,741 undi setelah 47 daripada 47 saluran undi dikira.


Mohd Azmawi atau lebih dikenali sebagai Awie menang dengan majoriti 3,372 undi pada PRK Nenggiri kali ini. Keputusan juga agak mengejutkan kerana BN menang di hampir semua saluran, pengundi muda dan dewasa.


Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 lalu PN memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 810 undi.


PRK berkenaan diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumumkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lalu, selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

0 comments

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page