top of page

Tidak rasmi BN menang majoriti lebih 5,000 undi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 hours ago
  • 1 min read

MB Saarani berucap penuh semangat setelah BN menang secara tidak rasmi disaksikan pimpinan BN dan PH
MB Saarani berucap penuh semangat setelah BN menang secara tidak rasmi disaksikan pimpinan BN dan PH

Keputusan tidak rasmi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning menyaksikan BN menang majoriti lebih 5,000 undi.


Keputusan tersebut mengakhiri debaran di bilik operasi BN bagi PRK Ayer Kuning.


Barisan pimpinan BN dan Pakatan Harapan malam ini menyambut gembira keputusan berkenaan dengan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menganggap ianya kemenangan bersama jentera BN dan Pakatan Harapan (PH).


"Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah swt, pada malam ini Allah memberikan kemenangan kepada calon BN yang mewakili parti Kerajaan Perpaduan.


"Kita boleh lihat peratus yang keluar mengundi hanyalah 58 peratus bermakna 18,500 orang sahaja yang keluar mengundi


"Jadi melepasi separuh ialah 9,000 dan ternyata BN sudahpun memungut 10,776 bermakna kemenangan berpihak kepada kita.


"Kita hanya nak tunggu pengumuman rasmi dari Suruhanjaya Pilihan Raya berkaitan jumlah sebenar, dan juga berapa majoriti yang kita dapat pungut," katanya dalam siaran langsung di Facebook Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.


Saarani turut mengucapkan terima kasih kepada jentera BN dan PH yang datang dari seluruh negara bagi membantu kempen selama dua minggu di PRK Ayer Kuning.


"Oleh itu malam ini saya ingin rakam ucapan setinggi terima kasih kepada semula lapisan jentera dari BN, PH yang bertungkus lumus untuk mencari pengundi, merayu undi. Itu adalah kerjasama yang sangat erat di kalangan parti dalam Kerajaan Perpaduan," katanya yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Perak.


Dengan keputusan tidak rasmi itu Ustaz Dr Mohamad Yusri Bakir calon BN akan menjadi wakil rakyat baharu DUN Ayer Kuning menewaskan pencabarnya calon PN Abdul Muhaimin Malek dan calon PSM Bawani KS.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page