top of page

'Tidak mengapa tak jadi PM asal tidak gadai prinsip' - Anwar



Dua tahun selepas pengumuman Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia di hotel Le Méridien, Kuala Lumpur bahawa beliau memiliki majoriti meyakinkan untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku pada lingkungan waktu berkenaan.


Dalam temuramah beliau bersama wakil media tempatan baru baru ini, Anwar berkongsi peristiwa tersebut dan menegaskan beliau mempunyai sokongan mencukupi ditawarkan oleh ketua ketua parti politik tanah air ketika pengumuman dibuat.


"Bila saya sebut convincing, formidable (majority) biar pun diperolok olokkan, itu berdasarkan surat ketua ketua parti yang memang jumlahnya itu convincing and formidable. Itu 2 tahun lalu, saya pertahankan surat itu ada


"Keduanya, apakah langkah diambil? Itu ada kesepakatan tetapi dasarnya tidak boleh dikompromi. Kita tolak perkauman sempit, rasuah, tatakelola dan pimpinannya juga diberi syarat supaya jangan orang hijack di tengah jalan sebagamana yang pernah berlaku.


"Saya beritahu, kali pertama saya sebut itu, ketua ketua parti beri pengesahan. Kali kedua itu ada kemajuan tetapi saya berikan satu garis yang jelas, boleh ubahsuai sedikit dasar tetapi tatakeloa negara perlu diselamatkan dari kebobrokan kepimpinan yang mengaut kekayaan atau rasuah," kata Anwar dipetik dalam wawancara media di pejabat beliau di Bukit Gasing, Petaling Jaya.


Ahli Parlimen Port Dickson itu juga menolak dakwaan yang menyatakan beliau mengalah kepada pimpinan parti lain untuk syarat syarat tertentu.


Katanya, prinsip beliau tegas dalam hal hal tatakelola dan itu tidak dikompromi.


"Kalau orang bangkit pasal mengalah, apa mengalah. Apa saya tak setuju, bahawa menjamin orang yang terdakwa dan terkait rasuah dilepaskan.


"Itu saya tegas tidak bersedia. Walaupun bermakna saya tidak dapat menjadi PM," katanya.


Namun akibat tidak bersedia untuk berkompromi hal hal yang melibatkan badan perundangan, akhirnya rundingan tersebut berakhir dan 'Langkah Méridien' tidak menjadi kenyataan.


"Paling tegas saya lakukan ialah tidak bersedia untuk campurtangan urusan badan kehakiman yang semestinya bebas dan berwibawa kerana kita ada pengalaman dengan badan kehakiman. Ini syarat saya


"Kalau disenangi pendirian saya ok, kalau tak terima, itu masalah mereka. Syarat itu dari awal, dalam beberapa perbincangan saya tidak pernah berganjak.


"Pokoknya kerana syarat itulah saya gagal menjadi PM tetapi saya tidak boleh khianat amanah rakyat," kata Anwar lagi.


Pengumuman di hotel Le Méridien dilakukan sebanyak 2 kali pada September 2020 dan Oktober 2020.


Bagaimanapun selepas kedua dua pengumuman itu tiada usaha untuk memeriksa majoriti yang dimiliki Anwar.


Bagaimanapun kerajaan Perdana Menteri Mahiaddin Yassin tumbang pada Ogos 2021 apabila plot kluster mahkamah Umno berjaya meyakinkan Yang di-Pertuan Agong dengan pengumuman penarikan sokongan oleh beberapa Ahli Parlimen dan menafikan majoroti tipis dimiliki Mahiaddin.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page