top of page

Tidak kosong 6 kerusi: ‘Keputusan Speaker sah ikut tafsiran undang-undang’



Oleh: Abdullah Zaid


Keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat (Speaker) mengekalkan kedudukan enam Ahli Parlimen bekas anggota Bersatu yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai wakil rakyat adalah berdasarkan tafsiran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan.


Pengerusi Biro Guaman KEADILAN Malaysia, Sivarasa Rasiah berkata, Speaker Tan Sri Johari Abdul dibenarkan undang undang untuk membuat tafsiran berkaitan hal tersebut secara keseluruhannya, dan perkara itu seharusnya diketahui dengan jelas oleh pimpinan Bersatu.


Sebaliknya kata beliau, keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung pengosongan kerusi DUN Nenggiri di negeri itu tidak boleh terikat dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat kerana terdapat pemisahan kuasa antara negeri dan Persekutuan.


"Speaker Parlimen berhak tidak ikut Speaker DUN Kelantan atau mana-mana DUN. Beliau boleh buat tafsiran dia sendiri.


"Akhirnya keputusan Speaker Dewan Rakyat boleh dicabar di mahkamah dan mahkamah akan buat keputusan muktamad berkaitan dengan kesan undang-undang di Perlembagaan Persekutuan dan juga Akta Anti Lompat Parti.


"Pindaan Perlembagaan Bersatu hanya menunjukkan satu percubaan untuk mengatasi perkara 49 Perlembagaan, tetapi sama ada parti itu akan berjaya akan terpulang kepada tafsiran Mahkamah berkenaan undang-undang.


"Maka Speaker Dewan Rakyat berhak ikut tafsiran beliau sendiri, tetapi yang akan menentukannya ialah mahkamah," katanya kepada Suara Keadilan.


Kelmarin, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkritik Speaker apabila mengesahkan status 6 Ahli Parlimen Bersatu tidak digugurkan sebagai ahli Dewan Rakyat.


Manakala pemerhati politik pula berkata, alasan Speaker untuk tidak mengosongkan kerusi 6 Ahli Parlimen berpunca daripada keengganan pemimpin Bersatu menerima selengkapnya syor dalam Rang Undang Undang Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti pada 2022 lalu.


Sekiranya draf asal tidak digugurkan beberapa perkara maka status enam Ahli Parlimen Bersatu sudah terjawab, selain draf asal itu telah mengambil kira pengalaman masalah sedemikian di United Kingdom, India dan New Zealand.


Menurut mereka, kelompangan akta tersebut boleh diatasi melalui pindaan perlembagaan parti masing-masing namun perkara itu masih boleh dicabar di mahkamah.


Oleh itu, menurut mereka satu pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan bagi mengatasi kelompangan pada Akta Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti pada masa hadapan.

0 comments

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page