top of page

Tidak hadir D-8, tumpu agenda Madani jahiliah?



Kritikan Presiden Pas Hj Hadi Awang kononnya Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir persidangan D-8 dan lebih menumpukan kepada perjuangan Madani sebagai jahiliah, dianggap mengarut.


Menurut Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob, Presiden Pas itu tidak wajar berkata demikian kerana bukan semua persidangan perlu dihadiri PM, apatah lagi jika bukan persidangan utama dunia.


Di samping itu, katanya, PM juga menyambut tetamu kehormat, Presiden Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedov pada tarikh sidang D-8 itu berlangsung.


"Dia kata oleh kerana PMX tak hadir sidang D8, maka Madani ini jahiliah.


"Masalahnya sidang itu 19 Dis, lawatan rasmi dari Turkmenistan 18 - 19 Dis. Bila lawatan presiden luar negara maka PM kena sambut. Jadi Hj Hadi, dia tak tahu protokol?


"Sidang D8 itu yang jadi wakil negara Menteri Pengajian Tinggi, Dr Zambry Kadir, antara menteri kanan dalam kabinet. Jadi apa masalah?" katanya dalam kenyataan.


Menurut Ahmad Nadhir, Dr Zambry telah mewakili negara dengan cemerlang dalam sidang itu dan telah menyampaikan suara rakyat Malaysia dengan baik.


Malah kata Ahmad Nadhir, Hj Hadi sendiri dalam tulisannya mengakui apabila Malaysia menjadi tuan rumah D8 pada 2019, sidang itu hanya dihadiri empat daripada lapan negara anggota.


Oleh itu, Ahmad berpendapat Hj Hadi tidak seharusnya menghentam PM secara sembarangan tanpa melihat isu dengan lebih mendasar.


"Dia baca atau tidak resolusi sidang D8? Dalam itu Datuk Zambry bercakap tentang pendidikan. Malah kemasukan Azerbaijan dalam D8 dan sebagainya disokong oleh Malaysia.


"Jadi Hj Hadi tak perlulah semua benda dia nak hentam," katanya lagi.


D-8 merujuk kepada kerjasama ekonomi dalam kalangan negara membangun Islam melibatkan Bangladesh, Mesir, Iran, Indonesia, Malaysia, Nigeria, Pakistan, dan Turki. D-8 diasaskan pada 1996.


Hj Hadi berkata ketidak hadiran PM dalam sidang D-8 yang Islamik menjadikan perjuangan Madani tidak tulen dan lebih cenderung ke arah negara barat, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Amerika Syarikat.

0 comments

Recent Posts

See All

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page