top of page

Tidak boleh bahas, Lembaga Pengampunan dipengerusikan Agong - Anwar



Isu sama ada titah addendum dari Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam membebaskan bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak tidak boleh sama sekali dibahaskan di Dewan Rakyat.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) dalam sesi Pertanyaan Perdana Menteri pagi tadi.


Anwar menyifatkan kenyataan panjang lebar Takiyuddin di dewan lebih kepada untuk melakukan aksi politik kononnya membela beliau Najib, sedangkan tokoh pembangkang itu amat lantang menghentam bekas PM tersebut sebelum ini.


"Peguam ini faham ke undang undang... apa undang undang kata? Tak boleh (bahas addendum). Kalau saya pilih jawab... tak boleh jawab untuk menghormati mahkamah.


"(Ini) nak cari political stunt," bidasnya menjawab pertayaan Takiyuddin apakah kerajaan merahsiakan titah berkenaan sehingga menyebabkan Najib terus dipenjarakan secara salah.


PM menegaskan beliau akan menjawab mengenai isu addendum tersebut selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada Januari tahun hadapan.


Sebelum itu, katanya, isu addendum tidak akan diulas di dewan.


"Isu addendum kita tidak boleh jawab kerana kes itu libatkan Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan.


"Pengerusinya Agong, sejak bila kita boleh bahas? Sehingga dibawa ke mahkamah, itu lain. Mahkamah boleh putuskan. Sejak bila PM boleh ulas Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong?


"Mengapa Menteri jawab begitu (tidak ulas), kita rujuk Jemaah Menteri beri keputusan begini (tidak ulas). Sehingga keputusan dimuktamadkan dan sehingga Yang di-Pertuan Agong sendiri perkenan, tidak boleh kita sentuh," katanya lagi.


Anwar kemudiannya sekali lagi berpegang kepada kenyataan Peguam Negara sebelum ini bahawa PM tidak boleh mengulas isu berkenaan hal Lembaga Pengampunan sehingga diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong atau diputuskan oleh mahkamah.


*Kredit foto: Jabatan Penerangan Malaysia

0 comments

Recent Posts

See All

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page