top of page

Tidak dapat slot: Pernahkah Mahiaddin, Hadi, Hamzah bertanya PM?




Kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan semalam bahawa pemimpin utama PN tidak mendapat slot bertanya Perdana Menteri (PM) dalam sesi pertanyaan (PMQ) Menteri pada hari Selasa maka wajarlah mereka tidak hadir ke Dewan Rakyat amat melucukan.


Bagi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Lee Chean Chung, bukan sahaja alasan tersebut dangkal kerana tanggungjawab Ahli Parlimen adalah hadir di dewan sewaktu hari bersidang, malah ketiga tiga pemimpin utama PN itu juga tidak pernah cuba bertanya PM.


"Persoalan saya adalah, adakah ketiga-tiga pimpinan PN, iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin, Pengerusi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang pernah mengemukakan soalan dalam slot PMQ tersebut?


"Sebagai pimpinan parti yang kanan, lazimnya soalan mereka akan diberikaan keutamaan oleh Yang di-Perua Dewan Rakyat sekiranya mereka kemukakan soalan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Chean Chung lagi, semakan penyata rasmi parlimen mendapati ketiga-tiga pimpinan PN tersebut tidak pernah mengemukakan soalan dalam slot PMQ dalam sidang parlimen penggal ini.


Malah katanya, Wan Saiful juga silap tentang hanya satu soalan tambahan yang dapat diberikan dalam slot PMQ.


"Semakan penyata rasmi mendapati bahawa terdapat situasi yang mana beberapa soalan tambahan diizinkan, contohnya pada 4 April 2023, 3 soalan tambahan dibenarkan kepada Ahli-ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang, bahkan soalan yang tidak berkaitan daripada Ahi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim turut dijawab oleh Perdana Menteri sendiri.


"Saya menasihati Wan Saiful supaya jangan membabi buta mempertahankan pimpinan tanpa mencermikan diri.


"Perwujudan PMQ merupakan satu langkah besar di bawah Kerajaan Perpaduan yang mewajibkan Perdana Menteri untuk menjawab solan dewan setiap minggu.


"Langkah ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan terdahulu, termasuk kerajaan PN. Rakyat juga tidak terlupa bagaimana persidangan parlimen ditutup oleh kerajaan PN walaupun negara kita sudah dalam proses pemulihan Covid-19 (pada pertengahan 2021)," katanya.


Tegas Ahli parlimen Petaling Jaya itu, tidak salah untuk Wan Saiful atau pembangkang mengkritik kerajaan dari luar, tetapi pimpinan kanan PN juga harus berani berdepan dan mempersoalkan Perdana Menteri dalam dewan.


"Jangan pandai bermain Tik-tok sehingga melupakan tugas asas mereka sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat. Akhirnya yang hilang diri (tidak hadir ke dewan) disindir, tetapi yang pertahankan mereka juga diketawakan," katanya sinis.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page