top of page

Tiada sekatan royalti minyak, semua negeri pembangkang dibantu



Kerajaan Perpaduan tidak meminggirkan mana-mana negeri termasuk Terengganu yang dipimpin pembangkang.


Jurucakap Kerajaan Persekutuan Fahmi Fadzil berkata, dakwaan kononnya Kerajaan Persekutuan mengenakan sekatan terpilih berkaitan royalti minyak kepada Terengganu seperti didakwa Menteri Besar (MB) Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar adalah tidak benar.


"Tak benar dakwaan itu, kita cuma nak pastikan semua peruntukan itu sampai terus kepada mana-mana projek yang dimaksudkan kerana ia (dana) hak milik rakyat dan harus sampai kembali kepada rakyat dengan saluran tepat.


"Ia bagi memastikan kelancaran mana-mana pelaksanaan projek, dan keduanya untuk memastikan tidak berlaku apa-apa isu dari aspek pengurusan dana, tak naklah dana terima projek tak jalan," kata Menteri Komunikasi itu dipetik.


Beliau ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Sumbangan Minyak Pelincir Enjin kepada 150 pemandu teksi dan e-hailing di Parlimen Lembah Pantai pada Ahad.


Samsuri pada ucapan penggulungan Belanjawan Terengganu 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Khamis lepas, mendakwa segala urusan perbelanjaan negeri itu berkaitan peruntukan royalti memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan mengikut 'case-by-case'.


Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu menegaskan, empat diterajui pembangkang menerima royalti jauh lebih tinggi daripada kerajaan demi kebajikan rakyat.


Pada Sesi TownHall Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Anwar berkata, jumlah royalti yang diterima Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini sekali gus membuktikan kerajaan pimpinannya tidak bertindak atas dasar kepentingan politik.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page