top of page

Tiada sambutan ambang tahun baru tanda solidariti Palestin, mangsa banjir



Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan membayangkan tidak akan mengadakan sambutan ambang tahun baharu 2024 pada malam tahun baharu Ahad ini.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata ambang tahun baharu tidak akan disambut bagi mempamerkan solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Palestin di Gaza.


Selain itu, katanya, pembatalan itu juga bagi menghormati nasib mangsa banjir yang masih terkesan di beberapa buah negeri.


"Setakat ini saya tidak dimaklumkan (kerajaan) akan menganjurkan sebarang majlis.

"Namun, saya yakin kita tidak akan anjurkan atas sebab solidariti ke atas rakyat Palestin akibat perang di Gaza.


"Kedua, suasana banjir yang berlaku, saya rasa kerajaan tidak akan adakan ambang tahun baru," kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu kepada media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), IDCC, Shah Alam malam tadi.


Fahmi dalam majlis perasmian Perhimpunan Agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA)

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai status pemancar yang terjejas akibat banjir di Sabah, Kelantan, Pahang, Selangor dan Terengganu, Fahmi berkata, 77 stesen masih dibaik pulih manakala selebihnya sudah beroperasi semula.


"Kementerian melalui MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan syarikat telco telah melakukan site hardening untuk fizikal mengangkat beberapa peralatan ke paras lebih tinggi bagi mengelakkan banjir.


"Justeru, saya harap dalam sehari dua, jumlah ini akan berkurangan dan kawasan yang terkesan kita akan kaii sama ada ia adalah kawasan berulang dari segi kerosakan kepada menara telekomunikasi atau kawasan baharu," ujarnya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page