top of page

Tiada penyasaran subdisi petrol RON95 dalam masa terdekat - PM



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak akan melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 dalam masa terdekat kerana masih lagi mengkaji kesan pelaksanaannya agar tidak membebankan rakyat.


Perdana Menteri berkata setakat ini belum ada lagi kertas dasar dibawa ke Kabinet bagi tujuan rasionalisasi subsidi dilaksanakan ke atas bahan api itu.


"Belum ada kertas dasar yang boleh membawa kita untuk melaksanakannya (rasionalisasi subsidi RON95) dengan cepat. Ada kajian dari dulu, tetapi kita fikir lebih baik lihat dulu langkah (penyasaran) ke atas elektrik dan diesel.


"Lihat dulu kesannya dan bagaimana reaksi rakyat. Barulah (selepas itu) kita sedia berunding apakah (ada) keperluannya," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun berkata penyasaran semula subsidi petrol RON95 wajar dilaksanakan sejak dulu lagi namun beliau sedar terdapat pelbagai halangan yang menyukarkan pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api itu.


"Kalau tanya saya, (penyasaran semula) subsidi RON95 patut sudah dilaksanakan lama dulu tetapi ia tak mudah, masalah kita hadapi adalah 3.8 juta orang asing guna minyak ini, begitu juga orang kaya, ini yang mesti dan amat penting untuk kita hentikan.


"Bagi isu ini (penggunaan babitkan orang asing dan orang kaya), saya tak tolak ansur kerana mereka sudah gunakan subsidi sejak berpuluh tahun lalu. Justeru (sekarang) bagaimana kaedah (terbaik bagi pelaksanaannya), kita perlu fikir supaya ia tidak membebankan rakyat," katanya.


Beliau turut membidas kenyataan pembangkang yang terus 'memanipulasi' isu penyasaran semula subsidi diesel, kononnya ia membebankan rakyat.


"Sehingga kini, masih ada yang 'menunggang' isu itu dengan pelbagai tuduhan kerajaan zalim dan mendakwa subsidi ditarik sepenuhnya.


"Apakah penyasaran semula subsidi ini keputusan bijak untuk ekonomi? Semua (Ahli Parlimen) setuju walaupun dalam kempen menyatakan tidak bersetuju.


"Ketika (kerajaan terdahulu) berkuasa pun mereka kata (penyasaran subsidi diesel) perlu, tetapi kerana tahu kesannya suhu politik yang akan dihangatkan (maka ia tidak dilaksanakan).


"Cuma, saya sedar daripada aspek pelaksanaannya boleh dipertikai. Ini saya terima, tetapi yang kita dengar sekarang hanyalah (dakwaan) kerajaan zalim, buang subsidi dan ulangi kempen (dulu), hari ini perintah, esok minyak turun, " katanya.

0 comments

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page