top of page

Tiada peniaga dikesan jual telur melebihi harga ditetapkan - KPDN



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melaksanakan pemantauan ke atas 1,828 premis borong dan runcit bagi memantau harga telur ayam di pasaran.


Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, susulan pemantauan dijalankan pihaknya selama tujuh hari mendapati tiada pihaknya menjual telur melebihi harga ditetapkan.


Bagaimanapun menurut Azman, KPDN telah mengambil tindakan ke atas enam peniaga yang gagal meletakkan tanda harga merah jambu dan dua kes kerana tidak meletakkan tanda harga.


"Seramai 2,200 anggota penguatkuasa KPDN di seluruh negara telah digerakkan ke lokasi tumpuan orang ramai membeli belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya untuk memastikan peniaga menjual telur ayam pada harga siling baharu yang ditetapkan kerajaan.


"KPDN merakamkan penghargaan kepada majoriti peniaga yang mematuhi undang-undang yang telah dikuatkuasakan Kementerian serta menjalankan perniagaan secara beretika," katanya melalui satu kenyataan.


Kerajaan memutuskan harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji berkuasa 17 Jun lalu selaras dengan penurunan kos input dalam industri tersebut.


Harga semasa runcit yang terkini bagi telur ayam untuk semenanjung Malaysia sebanyak RM0.42 (Gred A), manakala RM0.40 (Gred B) dan RM0.38 (Gred C).


Bagi harga runcit bagi telur di Sabah, Sarawak dan Labuan diselaraskan mengikut bahagian dan zon yang diwartakan.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page