top of page

Tiada laporan amalan 'ali baba' babitkan pasar Ramadan DBKL

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 27
  • 1 min read


Tiada laporan diterima setakat ini berhubung tindakan peniaga yang cuba menjual lesen tapak bazar Ramadan atau Aidilfitri kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada pihak lain.


Bagaimanapun, Menteri Wilayah Dr. Zaliha Mustafa mengesakan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk membatalkan serta-merta lesen peniaga sekiranya terdapat bukti berlaku amalan ‘ali baba’ tersebut.


"Saya tegaskan balik, jika ada aduan dan kita dapati ia-ia benar berlaku, kita akan ambil tindakan tegas kepada dua-dua pihak iaitu pemberi dan penyewa.


"Kita akan batalkan dan senarai hitamkan mereka, amaran keras ini diberikan kerana kali ini kita mahu pelaksanaan bazar ini betul-betul berjaya," katanya dipetik pada sesi penerangan media berkenaan pelaksanaan Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.


Dr Zaliha turut memaklumkan, pegawai penguat kuasa akan melakukan pemeriksaan sepanjang masa bagi memastikan tapak bazar Ramadan dan Aidilfitri tersebut benar-benar dikendalikan oleh peniaga yang mendapat lesen secara sah.

Selain itu beliau menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung tindakan menjual lesen supaya membuat laporan kepada pihak polis atau DBKL.


Sementara itu beliau menyatakan harapan supaya harga makanan di pasar Ramadan dapat dijual lebih murah berbanding lokasi lain.


Ini kerana pihaknya telah memberikan kadar harga sewa tapak yang sangat rendah kepada peniaga terbabit.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page