top of page

Tiada kompromi terhadap pihak robek kekayaan rakyat - Anwar



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi komitmen Kerajaan MADANI untuk tidak berkompromi dalam isu rasuah termasuk memberi peluang kepada mana-mana pihak merobek kekayaan rakyat.


Menerusi ucapan pada Majlis Makan Malam bersama diaspora dan rakan-rakan Malaysia bersempena lawatan rasminya ke Brazil Anwar berkata, kerajaan pimpinannya bersungguh-sungguh untuk membawa perubahan yang besar kepada negara.


"Saya maklumkan kerajaan kini punyai pasukan mantap dan akan bekerja keras melaksanakan dasar serta polisi yang menguntungkan rakyat keseluruhannya.


"Kerajaan Madani juga tidak akan berkompromi dengan isu rasuah dan mana-mana pihak yang merobek kekayaan rakyat," katanya dipetik.

Hadir bersama 200 tetamu pada majlis itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.


Sementara itu beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, siri lawatan ke beberapa negara yang dilakukan telah memberi impak positif.


Lawatan tersebut bukan hanya dalam mengukuhkan hubungan dua hala, tetapi juga limpahan positif kepada ekonomi dan rakyat Malaysia secara keseluruhan.


Justeru, beliau memohon semua rakyat Malaysia termasuk yang berada di luar negara untuk terus mendukung segala usaha baik dilaksanakan kerajaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page