top of page

Tiada kompromi kes penganiayaan di institusi ketenteraan



Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang penganiayaan termasuk budaya buli dan 'ragging' melibatkan institusi ketenteraan kendalian kementerian itu.


Dipetik laporan media Mohamed Khaled berkata, sebarang dakwaan berkaitan isu penganiayaan seperti itu akan disiasat dan diberikan perhatian serius.


"Sekiranya bersalah, individu berkenaan akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas," katanya.


Terdahulu tular dakwaan mengenai kejadian buli membabitkan senior Tingkatan Lima di institusi ketenteraan di ibu negara yang tular baru-baru ini.


Pengadu mendakwa dipaksa melakukan denda 'commando rest' sambil muka dalam baldi berisi air.


Sebagai rekod, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada November lalu menegaskan, pengurusan di semua peringkat pendidikan perlu mengambil tanggungjawab menghentikan budaya buli dalam kalangan pelajar.


Beliau menegaskan bahawa Kerajaan MADANI tidak akan sesekali bertolak ansur dengan budaya buli yang sudah sistematik dalam negara ini, khususnya dalam bidang pendidikan.


"Budaya membuli berlaku kerana terdapat pihak yang bersikap permisif dengan membenarkan ia terus berlaku," katanya pada program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sungai Besi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page