top of page

Tiada kompromi jika sekolah sembunyi kes buli - Fadhlina



Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi amaran kepada pengetua, guru besar dan pihak pengurusan sekolah supaya tidak menyembunyikan kejadian buli dalam kalangan pelajar.


Beliau menegaskan tiada kompromi dalam soal buli di institusi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan semua prosedur pengendalian kes perlu diselesaikan mengikut garis panduan yang ditetapkan.


"Kita minta kefahaman masyarakat bahawa laporan mesti dibuat dan mesti ada tindakan susulan.


"Pertama saya tegaskan semula bahawa kita tidak kompromi dalam soal buli ini, jadi tindakan dan juga semua proses yang terkait rapat dengan buli ini mestilah melalui prosedur yang telahpun kita tetapkan.

"Sekolah mesti membuat tindakan berdasarkan garis panduan dan pada masa sama, ia mesti disalurkan kepada KPM bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan tindakan diambil," katanya dipetik dalam satu sidang media Pengoperasian Peperiksaan SPM 2024 di Putrajaya pada Khamis.


Fadhlina sebelumnya diminta mengulas mengenai buli ala komando terhadap pelajar junior dengan mengenakan denda keterlaluan di sekolah berasrama penuh seperti dilaporkan baru-baru ini.


Beliau yang mengesahkan menerima laporan tersebut berkata, isu itu dalam siasatan kementeriannya.


Sementara itu menerusi sidang media sama Fadhlina memaklumkan kementeriannya akan menyelaraskan semula pendidikan anak-anak GISB Holdings (GISBH), melihat kepada usia dan kesesuaian mereka mengikuti pendidikan arus perdana di sekolah kerajaan.


Ia berikutan terdapat sebahagian daripada anak-anak itu sudah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing, manakala ada yang terus kekal di rumah selamat di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


"Di peringkat KPM, kita sedang menyelaraskan semula kerana ada anak-anak ini yang terus kekal di rumah selamat, yang mana kita akan selaraskan semula pendidikan mereka," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page