top of page

Tiada kenaikan melampau harga makanan di Bazar Ramadan - Dr Fuziah



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak mengesan kenaikan melampau harga makanan di Bazar Ramadan dan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di seluruh negara ketika ini.


Timbalan Menterinya, Dr Fuziah Salleh berkata pihaknya telah melaksanakan pemeriksaan ke atas 15,189 premis sepanjang Januari hingga 7 Mac dan mendapati harga barang masih berada dalam keadaan stabil.


"KPDN melalui pelaksanaan Op Pantau 2025 telah mengadakan pemantauan dan penguatkuasaan di bazar Ramadan bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan serta tiada berlaku kenaikan harga tidak munasabah.


"Setakat ini, terdapat 307 aduan yang diterima, termasuk laporan di media namun apabila pegawai kita lakukan pemeriksaan tidak membabitkan kenaikan harga barangan yang melampau.


"Kebanyakan aduan adalah berkaitan dengan kegagalan peniaga mempamerkan tanda harga serta berkaitan alat timbang dan sukat," katanya dipetik.


Dr Fuziah berkata begitu selepas sesi turun padang BBR Peringkat Zon Utara di Bayan Lepas pada Jumaat.


Beliau sementara itu memaklumkan, pada tahun ini pihaknya bekerjasama dengan Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia melalui Program MYSaveFood Ramadan 2025.


Program itu membabitkan 68 Gerakan Pengguna Siswa (GPS) di 65 bazar Ramadan seluruh negara membabitkan 846 sukarelawan daripada 42 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 26 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Sebagai rekod, MYSaveFood merupakan sistem pengurusan berstrategi melalui usaha menyelamatkan lebihan makanan dan minuman.


Program itu dilaksanakan dengan mengumpulkan makanan dan minuman yang masih berkeadaan baik, tidak terjual di bazar Ramadan tertentu sebelum diagihkan kepada para pelajar, rumah kebajikan, gelandangan dan golongan memerlukan.


Pelaksanaan program itu selama 26 hari di 139 bazar Ramadan pada tahun lalu berjaya menyelamatkan sebanyak 60.65 tan makanan dan minuman bernilai RM 724,770.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page