top of page

‘Tiada kenaikan harga barang selepas penyasaran subsidi’ - Fuziah Salleh



Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan tidak berlaku penurunan atau peningkatan harga barangan luar biasa selepas penyasaran subsidi diesel dilaksanakan.


Timbalannya Fuziah Salleh berkata, ia berikutan hasil pemantauan dibuat penguatkuasa KPDN ke atas premis-premis untuk memastikan tiada pencatutan harga barangan berlaku.


"Kita gunakan Op Kesan, penguat kuasa laksanakan 14,195 pemeriksaan ke atas premis-premis bagi memastikan tiada pencatutan.


"Bahagian harga barang negara turut pantau 418 jenis barang keperluan harian. Kita meneliti setiap hari tiada turun naik harga barangan luar biasa. Turun naik harga barangan biasa bukan disebabkan subsidi diesel," kata beliau di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berhubung impak subsidi diesel terhadap harga barangan dan kos sara hidup.


Selain itu bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang ingin tahu sama ada kerajaan ada membuat semakan secara harian atau mingguan, Fuziah berkata, pihak kementerian menggerakkan 2,200 pegawai penguatkuasa dan 900 pegawai pemantau harga setiap hari bagi memantau dan mengumpul data simpanan stok (SKU) harga barang.


"Saya nak maklumkan sebenarnya sejak 2 Mei lepas, hampir sebulan sebelum penyasaran subsidi diesel dilaksanakan, pegawai penguat kuasa sudah turun padang dan kumpul maklumat berkenaan harga barang.


"Sehingga kini 14,729 SKU harga barang telah direkodkan supaya kita boleh buat perbandingan kalau ada kenaikan dan penurunan," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page