top of page

Tiada isu bekalan makanan kurang akibat banjir - Mohamad Sabu



Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bahawa negara tidak akan berdepan isu kekurangan bekalan makanan meskipun berdepan cabaran banjir seperti yang berlaku baru-baru ini.


Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kekurangan bekalan boleh diatasi kerana kerjasama baik antara negara ASEAN membolehkan bekalan makanan diimport bagi memenuhi keperluan.


"Dalam negara Asia ini, nombor satu keterjaminan makanan ukuran United Nations ialah Singapura, kita jatuh nombor dua.


"Singapura bukan ada apa-apa tanaman mereka. Di mana dia dapat ayam? Dia melabur di Johor, di mana dia dapat padi? Tentulah dia ada kerjasama di Vietnam ataupun Thailand. Mana dia dapat daging dan sebagainya? Tentulah ada kerjasama dengan Australia.


"Kita sekarang pun perlu begitu dan tidak boleh lagi bergerak secara solo. Ini kerana sesama negara ASEAN menjalin kerjasama baik, InsyaAllah," katanya dipetik.


Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) sebelumnya merasmikan Konvensyen AMANAH Johor di Pulai Springs Resort, di Johor Bahru pada Sabtu.


Sementara itu Mohamad berkata, walaupun keperluan bekalan makanan boleh dipenuhi melalui kerjasama perdagangan, namun kerajaan tetap berusaha membuka jelapang ketiga dan keempat iaitu di Sarawak dan di Sabah ke arah menjamin sekuriti makanan.


"Premier Sarawak, Abang Johari Openg ambil berat isu ini dan memperuntukkan RM500 juta untuk membangunkan saliran bagi fasa pertama ini.


"Premier Sarawak turut memberitahu dalam masa 10 tahun lagi Sarawak mampu mengeksport beras," ujarnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page