top of page

Tewas di Sg Bakap tidak ubah sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan



Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap kelmarin tidak mempunyai kesan meluas sehingga menghakis sokongan rakyat ke atas Kerajaan Perpaduan.


Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, pihak yang berteori kononnya Perpaduan hilang sokongan Melayu dan juga pelbagai kaum berdasarkan PRK itu tidak mempunyai bukti untuk berkata demikian.


Begitu juga katanya, teori kekalahan tersebut kerana kerajaan melaksanakan polisi penyasaran subsidi diesel, amatlah tidak tepat.


"Ada yang mengaitkan kekalahan PH kerana dasar tidak populis yang dilaksana kerajaan seperti penyasaran subsidi.


"Saya tidak melihat ini sebagai punca, malah pihak pembangkang juga gagal mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga diesel kerana rakyat faham penyasaran diesel hanya ke atas golongan kaya, warga asing serta penyeludup diesel yang terkesan.


"Saya juga menolak dakwaan pengundi PH beralih menyokong PN kerana undi Melayu yang memilih Perikatan Nasional adalah kekal, dan undi Cina serta India kepada PN tidak naik walaupun 1%," kata Razeef dalam kenyataan petang ini.


Tegas Ketua Penerangan KEADILAN Sabah itu, pengundi pro-PH kekal cuma berlaku kurang keluar mengundi terutama dalam kalangan etnik Cina dan India.


Hal itu katanya merupakan situasi biasa, berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 lalu yang mana PH masih menjadi pembangkang di perikat Persekutuan dan rakyat mahu membuat perubahan.


"Ini situasi biasa kerana ketika berada dalam pembangkang dahulu sentimen penyokong sangat kuat untuk ubah atau pertahankan kerusi, kerana sebagai pembangkang kita bersungguh ingin membuktikan kekuatan kita.


"Ia sangat berbeza bagi penyokong kerajaan, apatah lagi jika kekalahan tidak mampu menjatuhkan Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan. Maka semangat untuk keluar mengundi sangat kurang," ujarnya.


Bagi Razeef, keadaan secara keseluruhan masih menyebelahi Kerajaan Perpaduan kerana selepas PRU pada 2022, Perpaduan telah melalui enam siri PRK dan kesemua kerusi berjaya dipertahankan penyandang iaitu empat kerusi Perpaduan dan dua kerusi Perikatan Nasional.


"Saya juga tidak melihat kekalahan calon Perpaduan di Sungai Bakap sebagai 'signal' rakyat kerana sokongan yang masih kekal terhadap kedua-dua gabungan itu tidak berubah walau sedikit," katanya lagi.


Berdasarkan kajian awal tiada pertambahan undi kepada PN dalam PRK dibandingkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos 2023 lalu.


Dalam PRK kelmarin, PN mendapat 14,489 undi, kurang 935 undi berbanding PRN lalu 15,433 undi.


Bagaimanapun PH tidak berjaya memperbaiki rekod apabila hanya dapat 10,222 undi, kurang 3,648 undi berbanding PRN lalu, 13,870 undi. Bermakna sebanyak 3,648 pengundi PH tidak keluar mengundi kali ini.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page