top of page

‘Tesla batal operasi di Asia Tenggara tak mampu bersaing dengan EV China’ - PMX



Oleh: Abdullah Zaid


Kegagalan Tesla bersaing dengan syarikat EV dari China antara sebab syarikat automotif elektrik itu membatalkan rancangan operasi pengeluaran di Asia Tenggara.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menyampaikan maklumat berkenaan kepadanya.


"Tengku Zafrul sudah dapat maklumat terkini kerana mereka (Tesla) mengalami kerugian yang besar kerana tidak dapat bersaing dengan syarikat EV dari negara China.


"Operasi mereka di Thailand lebih besar, kita baru nak mula," katanya kepada pemberita selepas meluncurkan Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan hari ini.


Baru-baru ini sebuah portal berita dalam talian Thailand, The Nation, yang memetik sumber enggan dikenali melaporkan mengenai Tesla membatalkan rancangan membangunkan kilang di Malaysia, Thailand serta Indonesia.


Menurut laporan itu, Tesla pada masa ini hanya menjurus kepada usaha berkaitan stesen pengecasan dan menggantung rancangan membangunkan kilang bukan sahaja di Thailand malah juga di peringkat dunia.


Susulan itu Tengku Zafrul menerusi hantaran di platform X pada semalam menyatakan Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia.


Jelasnya, MITI ada mengadakan perbincangan dengan pengasas Tesla, Elon Musk, dalam usaha menarik pelaburan tetapi bukan membabitkan perkara berkenaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page