top of page

Teroka kaedah inovatif bayaran balik PTPTN, contohi Sarawak - Choon Man



Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan digesa meneroka kaedah yang lebih inovatif dan berkesan untuk pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man menyifatkan, PTPTN memainkan peranan penting dalam membolehkan seseorang itu menamatkan pengajian, sekali gus memudahkan akses mereka kepada peluang kerjaya yang lebih baik dan bebas kewangan.


Sehubungan itu, beliau menyarankan kemungkinan kerajaan boleh menggunakan kaedah seperti yang dilaksanakan kerajaan Sarawak.

Chiew Choon Man

''Sebagai contoh, inisiatif yang dilaksanakan kerajaan Sarawak sebelum ini dengan menyediakan insentif bayaran balik 30 peratus kepada graduan yang telah membayar 30 peratus daripada pinjaman mereka dan berjanji untuk membayar balik bakinya.


''Ia (kaedah) itu boleh berfungsi sebagai rujukan dan strategi kreatif sedemikian boleh meningkatkan kadar pembayaran balik sambil terus menyokong pelajar sepanjang mereka menimba ilmu.


''Melabur dalam pendidikan bukan sekadar perbelanjaan, malah ia merupakan pelaburan yang penting untuk masa depan negara kita,'' katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.


Dalam pada itu, Choon Man turut menyeru pihak kerajaan untuk mengenal pasti manfaat jangka panjang dalam pelaburan pendidikan bagi memastikan tiada pelajar yang ketinggalan dalam menuntut ilmu dan menuju ke arah kehidupan yang lebih baik.


Katanya, sebilangan besar pelajar yang bergantung kepada pinjaman datang daripada latar belakang ekonomi yang kurang bernasib baik terutamanya golongan isi rumah B40.


''Pelajar ini bergantung kepada bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan menjamin masa depan yang lebih cerah.


''Dalam pasaran kerja yang kompetitif pada hari ini, pendidikan adalah faktor penting untuk kemajuan kerjaya.


''Struktur pinjaman komprehensif yang meliputi kedua-dua yuran pengajian dan perbelanjaan hidup juga adalah penting,'' ujarnya lagi.


Menurut beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak, sokongan bantuan pinjaman membolehkan pelajar menumpukan perhatian kepada pelajaran tanpa bebanan tekanan kewangan.


Katanya, pendidikan adalah alat yang berkuasa dalam kehidupan bermasyarakat yang berupaya mengeluarkan individu berpendapatan rendah daripada kepompong kemiskinan.


''Dengan memastikan pelajar dapat menamatkan pendidikan, kita bukan sahaja melabur dalam masa depan mereka, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.


''Kita mesti berusaha untuk sistem yang membuatkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang rasa dihargai, sekali gus menyediakan peluang yang sama untuk semua tanpa mengira status sosioekonomi.


''Kesimpulannya, saya amat menggalakkan agar usaha untuk mengekalkan dan meningkatkan jumlah pembiayaan PTPTN diberikan tumpuan, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah demi memastikan akses pendidikan yang lebih adil dan menyeluruh,'' ujarnya lagi.


Semalam, media melaporkan PTPTN sedang mempertimbangkan untuk menghentikan pembiayaan kepada kursus universiti yang merekodkan kadar bayaran balik yang rendah.


Menurut Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, ia adalah sebahagian usaha dengan universiti tempatan untuk menggalakkan bayaran balik dalam kalangan peminjam.


''Jadi untuk kursus dengan kadar bayaran balik kurang 30 peratus itu, mungkin kami akan menghentikan pembiayaan untuk kursus itu bagi universiti tertentu.


''Untuk (manfaat) semua orang, universiti juga perlu membantu mewujudkan tabiat yang baik untuk memupuk tingkah laku pembayaran dalam kalangan pelajar," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page