top of page

Terima pesakit bukti komitmen PM sokong perjuangan Palestin



Kesediaan kerajaan menerima pesakit warga Palestin membuktikan dasar dan pendirian teguh kerajaan dalam menyokong perjuangan Palestin mempertahankan tanah air.


Pemerhati Asia Barat, Dr Hafidzi Mohd Noor dipetik laporan MalaysiaGazette berkata, ketibaan 41 pesakit warga Palestin dan 86 waris mereka melalui penerbangan khas menggunakan dua buah pesawat Airbus, A-400M, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk dirawat di negara ini semalam telah membuktikan bahawa Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar mengotakan kata-kata dan komitmen yang dibuatnya.


"Malah, komitmen yang diberikan Anwar itu turut membuka mata dunia apabila disambut baik oleh Presiden Mesir, Abdul Fatah al-Sissi selain mendapat sokongan penuh pemimpin Asia Barat seperti Raja Bahrain, Sheikh Hamad Isa Al Khalifa; Presiden Turkiye, Tayyip Erdogan dan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman," kata Penasihat Kehormat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) itu.


Penerbangan kemanusiaan yang mengambil masa kira-kira 13 jam itu selamat mendarat di Pangkalan Udara TUDM, Subang kira-kira jam 2.30 dan 3.00 petang Jumaat.


Semua pesakit dan keluarga mereka kemudian didaftarkan pasukan Kor Kesihatan Diraja sebelum ditempatkan sementara di Hospital Medan milik Angkatan Tentera dekat Pangkalan Udara TUDM.


Pesakit kemudian akan dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) di Kuala Lumpur untuk diberi rawatan lanjut.


Usaha itu adalah kesinambungan pengumuman perdana menteri pada program Himpunan Solidariti Palestin yang berlangsung di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil pada 4 Ogos lalu bahawa Malaysia akan membantu merawat warga Palestin yang cedera dengan membawa mereka ke Malaysia.


Sementara itu Dr Hafidzi dipetik laporan sama menyatakan harapan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta badan swasta turut mengambil inisiatif sama membantu lebih ramai warga Palestin mendapatkan rawatan kesihatan dengan kerjasama kerajaan.


"Terdapat NGO yang telah mengadakan pertemuan dengan pihak kementerian dan menawarkan khidmat sukarelawan serta bantuan yang diperlukan seawal bulan Januari lalu.


"Tawaran seperti ini sudah tentu sangat dialu-alukan sebagai petanda sokongan ke atas usaha-usaha murni Kerajaan Madani dalam membantu warga Palestin," katanya dipetik.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page