top of page

'Terima kasih PM Anwar'- Seniwati Sarimah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 15
  • 1 min read


Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI.


Penghargaan itu disampaikan susulan bantuan kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.


"Saya mengucapkan terima kasih terutama kepada Kerajaan MADANI, khususnya kepada Perdana Menteri kita, saya tak dapat membalas budinya. Cuma Allah saja yang mampu membalas budi beliau (Anwar).


"Saya doakan beliau (Anwar) diberi kekuatan untuk menghadapi segala ujian," katanya sebak sambil menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Perdana Menteri.


Terdahulu, Sarimah, 83 menerima kunjungan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching di Subang Jaya pada Jumaat.

Turut hadir pada program Ziarah Seni MADANI Finas itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Finas Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Industri, Kebajikan dan Data Industri Finas Rozaidi Abdul Jamil serta Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez.

Sebelum ini, Sarimah memohon seorang penerbit terkenal mengembalikan semula pita asal empat filem hasil karyanya yang diambil sejak 37 tahun lepas.


Teo pada pertemuan semalam memaklumkan empat filem iaitu "Dia Ibuku", "Jejak Bertapak", "Kabus Tengah Hari" dan "Detik 12 Malam" yang diambil oleh syarikat produksi terlibat di bawah perjanjian tayangan pada 1989 telah diserahkan semula dalam format cakera keras (HDD) kepada Finas untuk tujuan restorasi dan dikembalikan kepada Sarimah.


Selain berita baik itu, beliau turut menyerahkan sumbangan wang tunai dan keperluan asas bagi meringankan beban Sarimah yang kini pulih daripada kanser usus selepas disahkan menghidap penyakit itu pada 2022.


Mengenai hasrat disampaikan Sarimah untuk bertemu perdana menteri, Teo berkata, pihaknya akan berusaha menunaikan hasrat itu dalam tempoh terdekat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page