top of page

Terima kasih MB Perak, urusan bekalan air akan selesai - Fadhlina



Masalah tekanan air rendah di DUN Sungai Bakap dijangka selesai selepas Kerajaan Negeri Perak bersetuju untuk menjual air mentah dari negeri itu.


Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek dalam ceramah kelompoknya pagi ini di JDM Kampung Sungai Kecil, Sungai Bakap yang turut dihadiri Menteri Besar (MB) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, merakamkan penghargaan kepada usaha pihak beliau dalam memudahkan urusan mengalirkan air ke Pulau Pinang.


"Saya rakamkan secara peribadi ucapan terima kasih kepada YAB Menteri Besar kerana urusan air di Nibong Tebal ini akan selesai sepenuhnya dengan kerjasama kerajaan negeri Perak.


"Jadi itulah antara jaminan yang sudah pun kita berikan kepada rakyat, dan ini komitmen kita yang cukup besar," katanya.


Fadhlina dalam ucapan itu turut menyeru agar pengundi di Kampung Sungai Kecil memberi undi kepada calon Pakatan Harapan, Dr Joohari Ariffin yang akan membawa suara penduduk DUN itu kepada Kerajaan Negeri dan pusat.


"Ini adalah perjuangan yang sangat penting dan kemenangan ini sangat kita dambakan. Saya harap dengan adanya kehadiran dan semangat dengan kepimpinan yang sanggup turun sepanjang kempen ini, untuk kita meraih undi sebanyak mungkin


"IsyaAllah Sungai Bakap menang (kembali) kita balik, dan pastikan mengambalikan Sungai Bakap kepada PH dan BN," katanya.


Untuk rekod, Kerajaan Persekutuan secara dasarnya telah bersetuju meluluskan peruntukan dianggarkan bernilai RM4 bilion bagi pelaksanaan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah di Kerian yang sebahagiannya akan digunakan untuk pembekalan air terawat ke Pulau Pinang.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim mengumumkan perkara tersebut pada 15 Jun lalu ketika merasmikan Majlis Peluncuran Pelan Induk Taman Perindustrian Bersepadu Hijau Kerian (KIGIP) di Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin, Jalan Alor Pongsu, Bagan Serai, Perak.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page