Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Mohd Ariff Md Yusof dan Timbalan Yang di-Pertua, Nga Kor Ming sepanjang perkhidmatan mereka berdua di Parlimen.
Penghargaan itu dibuat selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak menyatakan usul untuk menyingkirkan kedua-dua speaker tersebut.
"Terima kasih kepada Tan Sri Speaker Mohd Ariff Md Yusof dan Timbalan Speaker YB Nga Kor Ming kerana berkhidmat dengan penuh integriti dan adil.
"Tahniah kerana telah berjaya mengangkat agenda reformasi Parlimen ke satu tahap yang lebih baik dan tinggi," katanya menerusi akaun Facebook miliknya.
Ariff dan Nga meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta bagi memberikan laluan kepada Azhar Azizan Harun dan Azalina Othman Said yang menggantikan tempat mereka, walaupun langsung tidak dipilih secara rasmi dalam Dewan Rakyat.
Comentários