top of page

‘Terima ADUN Rembia lompat parti tindakan jijik’ - Dr Taufiq



Oleh: Abdullah Zaid


Pendirian Pas berhubung isu lompat parti dipersoalkan ekoran keputusan parti itu menerima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia sebagai anggota parti dalam satu sidang media di bangunan Parlimen, semalam.


Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari, hal yang lebih memeranjatkan apabila pemimpin Pas-PN yang terlibat dalam pengumuman itu mengenakan lilitan reben putih (berkabung), kononnya sebagai protes terhadap keputusan Speaker Dewan Rakyat mengekalkan kerusi enam Ahli Parlimen bekas anggota Bersatu yang disifatkan mereka sebagai tercela.


"Sekumpulan ahli-ahli politik Perikatan Nasional tanpa segan silu memperlihatkan hipokrasi mereka dengan mengumumkan ADUN Rembia melompat ke dalam parti Pas.


"Pengumuman dibuat dalam keadaan lilitan putih masih di tangan dan di bangunan Parlimen. Kononnya mereka mengenakan lilitan kain putih (berkabung) kerana reformasi Parlimen sudah mati.


"Tetapi puak-puak ini jugalah yang membuktikan bahawa perkara jijik (lompat parti) itu dilakukan oleh mereka sendiri," katanya kepada Suara Keadilan.


Hakikatnya, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah itu, pengumuman yang dilakukan oleh ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis itu berbeza dengan pendirian enam Ahli Parlimen (MP) Bersatu yang hanya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri namun tidak pernah meninggalkan parti, malah masih setia dan kekal di dalam Bersatu sehingga dipecat.


"ADUN Rembia jelas mengkhianati parti dan rakyatnya sedangkan enam MP Bersatu hanya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri atas dasar polisi dan kepentingan rakyat tanpa meninggalkan parti mereka, masih setia pada perjuangan dan tidak mengisytihar menyokong dari sudut politik (keluar parti)


"Namun, mereka kemudiannya dianiaya oleh pimpinan partinya sendiri dengan dipecat daripada parti tersebut," ujarnya.


Untuk rekod, Jailaini pernah menjadi ADUN Rembia atas tiket KEADILAN pada 2018. Namun dia bersama tiga ADUN PH menyokong usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka ketika itu, Adly Zahari sehingga pilihan raya negeri (PRN) diadakan.


Perkara itu menyaksikan Jailani melompat parti dan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) sebelum bertindak keluar parti dan menyertai Pas.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page