top of page

Tengkujuh produk pelancongan: Idea karut ketika rakyat ditimpa musibah



Idea Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor untuk menjadikan musim tengkujuh di Kelantan sebagai satu produk pelancongan dikritik aktivis Pakatan Harapan Kelantan.


Menurut Mohd Hisyamuddin Ghazali atau Syam Ghaz, musim tengkujuh yang biasanya disertai banjir tidak wajar dijadikan produk pelancongan kerana ianya merupakan musibah dan boleh mengundang bahaya.


Apatah lagi, sekiranya musim tengkujuh sebagaimana tahun ini yang menenggelamkan banyak tempat, termasuk kawasan penginapan pelancong.


"Saya rasa YB (Kamarudin) tengah keliru sekarang. Saya salah seorang mangsa banjir keluarga saya terlibat dengan banjir di Rantau Panjang, saya amat dukacita dengan kenyataan YB.


"Banjir kali ini bukan boleh dimain mainkan. Banjir kali ini (yang amat besar) adalah malapetaka dan bala dari Allah kepada Kerajaan Negeri Kelantan


"Awal tahun 2024 kita boleh lihat sendiri Kelantan dilanda kemarau sangat teruk. Hujung tahun 2024 Kelantan dilanda banjir yang sangat teruk. Macam mana seorang YB boleh berfikir dan bertindak dengan idea mengarut macam ini," katanya.


Bagi Syam Ghaz, sekiranya Kamarudin benar benar prihatin dengan nasib rakyat Kelantan seharusnya beliau mencadangkan penubuhan task force menangani banjir, dan menyegerakan bantuan kepada mangsa terjejas.


Katanya, jika tidak diambil tindakan segera maka rakyat mungkin ditimpa musibah yang lebih besar.


Manakala produk pelancongan tersebut, sinisnya, seelok eloknya diwujudkan di DUN Menteri Besar Kelantan sahaja dan tidak melibatkan kawasan lain.


"Ini (banjir) baru gelombang pertama, bukan kedua dan ketiga yang lagi teruk. Kalau YB kata Disember ini nak fokus kepada banjir sebagai produk pelancongan, saya ingin mencadangkan kepada YB sepatutnya jadikan DUN Meranti sebagai produk pelancongan.


"Kerana DUN Meranti adalah DUN MB Kelantan bertanding dan menang. Sepatutnya YB mencadangkan DUN Meranti sebagai produk pelancongan, bukan Kelantan keseluruhan," katanya.


Syam Ghaz mengingatkan pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan yang mendapat undi dan disokong padu oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri setahun lalu agar lebih membalas budi.


Katanya Pas menang 42 kerusi DUN berbanding hanya 3 yang dimenangi Kerajaan Perpaduan.


Oleh itu, wajar Pas menjaga para pengundi dengan memberikan bantuan, bukannya mencadangkan idea lucu di tengah tengah musibah melanda.


Untuk rekod, semalam Kamarudin berkata bahawa kenyataannya telah disalah tafsir. Beliau mencadangkan mengenai mempromosikan musim tengkujuh dijadikan produk pelancongan, bukannya banjir.


Jelas Kamarudin, pelancong yang datang ke Kelantan merosot pada musim Monsun Timur Laut dan aktiviti sangat terhad yang mungkin membawa kesan ekonomi kepada masyarakat setempat.


"Jadi saya mencadangkan diadakan pesta makanan musim tengkujuh yang rata-ratanya akan memperkenalkan masakan pelbagai jenis ikan darat dan kuih-muih berasaskan peibagai jenis ubi dan beras," katanya dipetik Sinar Harian.


Bagaimanapun cadangan itu dikritik hebat oleh warga net yang menyatakan musim monsun tidak wajar dijadikan produk pelancongan kerana pelbagai malapetaka boleh berlaku.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page